Want your
own Fotopage?







 
*SuRia_SaARi*

By: mahnon suria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Nov-2008 07:23 Email | Share | | Bookmark
Cerita benar.......rescue?

Seawal 5.30 pagi suami dah bangun sebab nak gi kerja . 2 hari lepas , 3 NOV, sblm gi kerja suami minum dulu kat dapur . Tetiba terdengar bunyi krok,krek,krok,krek..zzzzz..zzztttt..zzttt kat boiler atas kitchen hood . Bila tengok..rupanya wayar letrik dah merah menyala ..plug dah hitam . Dah ada sparkling. Kalau biarkan………….alamat hangus rumah ni!

Suami terus call supervisor cancel gi kerja. Pastu terus call Rescue 999. Tak sampai 5 minit , 2 kereta bomba datang ngan satu kereta polis. Actually rumah kami blm pun terbakar tapi sbb emergency ….bomba ni terus standby. Fuh..siap bersedia pegang host air. Kot tetiba ada api..blh terus sembur.

Bomba kat dalam rumah terus check kami punya main switch. Lama gak diorang nak cari punca nak matikan plug yang dah terbakar tu. Cemas jugak time tu sebab tak pernah ada rescue camni sblm ni. Selalu tgk kat tv jer…

Bila jumpa dah plug dan box yang nak ditutup….bunyi renjatan letrik tu pun hilang. Ok..now you’re safe. you be alright..bomba tu kata. Bomba tu tambah lagi…wiring rumah kami ni ada yang tak kena . Dan plug yang terbakar tu ..betul-betul sblh boiler, atas kitchen hood , bawah bilik air . Kontaktor manalah yang buat bende ni dulu…

Punca short circuit senang jer….. …ada air masuk dalam plug.

Nak tambah cerita skit………..aku tunjuk kat landlord siling bilik air yang dah berlumut , sbb mungkin antara punca air masuk plug adalah dari bilik air.. Personally mmg aku yakin atap bocor . Tapi landlord salahkan aku sbb dia kata lumut tu berpunca sebab aku tak bukak tingkap. hah? aku bukak tingkap mcm biasa. Kalau cuaca ok..bukak. kalao cuaca sejuk..aku tutup. Nanti aku jadik ais kat dalam rumah kalau 24 jam bukak tingkap. Banyaklah jugak songeh tuan rumah yang aku tak boleh terima pasal punca air kat plug dan kebocoran rumah. Bukan salah aku! Salah atap……….salah bumbung ……..salah tuan rumah yang tak pernah nak check rumah wpun aku dah bnyk kali aku invite. Salah aku sikit jer……..tak inform awal siling dah berlumut. (masih lagi nak menegakkan kebenaran….). Yalah..sblm sblm ni..bila ada apa-apa aku inform kat tuan rumah tentang kerosakan rumah cth timing heater, rodent…dia tak ambik tindakan pon..sampailah skrang. Ni bila dah jadik camni ..nak salahkan aku pulak tak inform. Sebab tu aku ajak dia datang rumah ..bior dia tgk condition rumah ni..physically mmg champion rumah ni (ni quote Tamreen)..tapi tang internal..dalam dinding, wiring ..wallahulam..

Kesimpulan ,

1) Aku kena pindah rumah ..sbb tuan rumah nak refurbish. Atap tu semua nak kena bukak ngan dinding ada yang nak kena pecahlah kot..nak check wiring.

2)Kalau dari dulu aku ikut cakap suami ..pindah rumah lain..taklah gini jadinyer.(hish tak blh cakap kalau..). Now..its the time untuk aku pindah rumah lain. Dah lama suami ajak pindah. Hope dapat rumah kat City / Darnall. Priority..City Centre.

3)Aku takkan galat tinggalkan dapur dan rumah yang aku kira selesa (bagi aku mungkin bukan bagi org lain) tapi mungkin tak selamat . Sebab..selain dari letrik tu..meter gas tak blh nak tukar sbb tuan rumah tak blh nak kuarkan freezer dalam stor.Meter gas dok tepi freezer.Freezer tu hanya blh dikeluarkan dengan ”mengkapakkkan”/ "menggergajikan" sbb dah tersekat dengan kabinet dapur. Nanti kalo ada gas licking…lain lak ceritanya. Aku dah inform kat tuan rumah…pon masih buat dek…( rupanya mmg tuan rumah tau pon..pasal freezer ni tapi dia kata ..dia tak tau nak buat camner..)sigh!

4) Kalau tak kerana rescue 999 , mesti plug tu blm dibetulkan oleh tuan rumah…..atap yang bocor pun dibiarkan dulu .dan lain-lain perkara yang akan dibiarkan dulu…

5) Utamakan keselamatan!

nantilah ..aku abadikan gambo rumah ni dalam entry yang khas sblm aku pindah rumah baru.
Semalam pergi tgk rumah...permulaan yang baik. Jumpa rumah yang superb. Cantek..selesa..baru refurbish. Tapi tak der perabot dan parking.Tuan rumah akauntan...so akan dipikirkan.

Hari ni ..nak tgk 2 rumah lagi kat city centre.

oklah ..bye. sorry tak der gambo.



Monday, 13-Oct-2008 13:51 Email | Share | | Bookmark
Our open house




Ni raya kat city centre

Dah puas berjalan ke City centre on the first week of raya and Tinsley on the 11 October , yesterday was our turn for open house.




Me and my sweetheart


Preparation mmg dah buat awal-awal since bnyk bender kan nak buat . Mujur ada Nana ( ni anak angkat kitorang , budak undergrad ) dan kawannya Mia yang tolong membantu potong memotong. Dan mujur jugak masa hari open house tu ..Ayu , our cousin dtg menghulur bantuan . So..kuranglah letih skit.


Yang tudung hitam tu Nana and yang tudung putih tu Mia

Semua makanan ...alhamdulillah dapat dimasak atas bantuan dayang-dayang tercinta. Jangan serik yer Nana ngan Mia.....start kul 8.30 mlm wat preparation..... ..kul 12.30 dah masuk tidur. Expresss.......Tido awal sebab keletihan siang hari pergi open house kat Tinsley 12 bijik rumah. Pehhh.........

Pagi esoknya bangun kul 5.30 pg sambung masak sorang-sorang. Dayang-dayangku turun lewat skit.

Menu kitorang hari tu ialah ;

1.Mee hailam
2. Nasi putih
3.Kerabu sotong
4.Daging bakar cicah air asam
5.Ayam masal lemak cili api campur rebung
6.Pecal Jawa ( aku kan orang jawa.........)
7.Puding cocktail ( ni puding rasmi rumah aku...
8. Kek coklat ( tetamu kata choc moist ......ya kot..5 biji habis kek dimakan..)
9. Dadih
10. Cheese kek ( the only makanan yang bukan aku buat..ni courtesy from Asma , manchester).
11.Kuih raya- pelbagai
12. The special kuih for the guess- almond london by me and dodol made by my husband.
13. dan menu untuk malam - Pizza seruding daging. special made nih.....ala-ala malaysia.Saper yang dtg siang ..mintak ampun sebab mmg aku tak kuar kan Pizza.....
14.last..minuman air buah laici dan cinnamon,lemon tea.




Tak sempatlah nak ambik gambo banyak-banyak .....sebab tetamu berpusu-pusu datang .Gambo yang ada ni semua gambo masa dlm keadaan tenang . Dah nak petang nak maghrib dah time tu.... Aku agaklah ..adalah dalam 120-150 orang . Ni kira open house rasmi so..ramailah yang datang . Our first open house on the first day raya ..dalam 50 orang gitu . Terima kasih kepada semua yang hadir .
Mana-mana yang kurang , ampun dan maaf dipinta .



Yang tolong basuh pinggan tu..Ayu.Thanks


Suasana open house kat umah kami..thanks kepada kak pah Dan Zahuri for this photo


Dan kebetulan juga time open house tu ( 12 okt ) was my besday yang ke-29. Kira hubby buat cabutan undi untuk open house mmg ngamlah ngan besday. I got a surprise present from Shukri & Nasir ( lagi 2 orang anak angkat yang kitorang dapat ). Ntah dari mana bebudak ni tau besday aku pun tak taulah.Anyway thanx so much. Present dari hubby dah tak surprise sbb dah dapat awal-awal. Tapi kira ok lah kan sebabnye hubby bagi dryer supaya isterinya ini tidak lagi mengampai baju diluar rumah . Senang kerja aku . Cuci baju then masuk dryer blh terus lipat. Thanks so much but I still wait for other present that you promised to me...........



Semoga umur yang dah meningkat ni, iman dan amal juga meningkat, dimurahkan rezeki dan happy selalu.

Oklah ...jumpa lagi di entry yang lain.



p/s ; kepada adik-adik kandungku Fik, Aril , Fahmi Dan Udin ..korang jangan jealous lak akak ngan abang Saari dapat adik express (anak angkat )sekali gus 3 orang. Hi hi... .


Friday, 3-Oct-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya......


Hari Raya Pertama 30/ 9/ 2008


Wif Ume's Family



Persembahan Darnal..nyanyian lagu raya bapa & anak-anak


Yea yea..dapat angpau raya tapi mana duitnyer?


Bersungguh-sungguh ....tembak gambo diorang ni...


Ok..itu jer gambo kat PMC masa majlis hari raya.

Kami ingin memohon ribuan kemaafan atas segala salah silap kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan di mana jua anda berada...


Ampun dan maaf buat mama & ayah sebab this year tak dapat balik raya. Next year doakan Mak anon dapat balik raya yer Shafi......


Buat sahabat handai dan keluarga yang ada di Bumi UK ni ...., Jemput datang ke rumah kami bila -bila masa sahaja.....dan jangan lupa datang untuk memeriahkan suasana open house kami pada 12 Oktober 2008.








Sunday, 7-Sep-2008 15:11 Email | Share | | Bookmark
Tetamu dari Glassgow

 
 
Kali ini ..rumah kami menerima tetamu dari Glassgow lagi. This time bukan Hana but Linda. Last time Hana dtg , kami bawa ke hari keluarga. This time Linda datang..kami bawa ke majlis Iftar on Saturday.Dan hari Ahad lak ....... diorang dapat rasa kuih-muih sempena program pertukaran juadah qariah Darnall. Juadah ari tu ada tepung pelita, bubur jagung , onde-onde , cendol dan murtabak.



Auntie Linda , Uncle Adi ngan Baby batrisya dtg tido umah kami ngan uncle Sani- in law Linda. Diorang nak gi Manchester ngan Stoke on Trent. Auntie Linda ni kawan mummy masa bengkel Myhealth kat Msia dulu. Pastu kami gi interview sama-sama nak further study.......n tak sangka dalam ramai-ramai tu , kami 2 org jer yang diterima further ke sini. Auntie Linda kat Glassgow Uni n Mummy kat Sheff Uni.Lepas ni mummy balik Msia blh lepak kat Alamanda ngan Auntie Linda sebab mummy dah kat Putrajaya , dekat ngan Auntie Linda nyer Opis - Klinik Kesihatan Putrajaya. Itu pun kalo mummy stay kat Putrajaya....la.


Baby batrisya ngan uncle Adi...ada iras ayuni tak?

Emmm...kesempatan ni jugak ada rezeki diorang nak posing kat pokok epal belakang umah tuh .Dapatlah petik 2 biji epal yang dah masak. Yang lain blm masak lagik....Hari tu masa Kak ija tido sini ..epal tgh hijau lagik. Lepas ni rezeki saper agaknya yang dtg time raya ..epal blh di petik. Mari kita nantikan....




uncle Sani tengah petik epal nak bawak balik Kelantan hi hi....

ok Linda n family...kalau ada rezeki .......jemput lagi dtg tido umah Su. Jangan serik yer.
Insyaallah ..kalau kami ke Edinburg..kami singgah lagi umah Linda. Tak tau lah bila nak gi ....
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.



sila abaikan semak samun tu...skrang rumput -rumput tu sumer dah kena kerat



Thursday, 4-Sep-2008 06:56 Email | Share | | Bookmark
Bulan lepas....ogos 2008

Salam....maap la dah lama tak update. Busy kan..bulan lepas.
Alhamdulillah..ni dah habis..( Merdeka..!), boleh ler update skit.

Ni nak update sekaligus xtiviti bulan lepas.( Wpun sibuk..sempat lagi tu. .)

1. daddy main bowling kat Firthpark. Tapi daddy kalah..nombor ke 4 dari belakang. kui kui kui....



2. Ayuni join Kem Anak Soleh. Bagi pendedahan skit kat ayuni....bab agama + bergaul ngan orang. Sifat malu ayuni ..tak hilang lagi. Diam jer....tak pandai nak carik kawan.





3. Gi manchester...ada tahlil kat umah pn Azimah ( Malaysian Student Department). Pastu ingat nak gi umah shahril..tapi dia tak der umah. Lain kali kami singgah yer...


Gambo kat tangga tu dengan kenalan baru dari York. Cerita punyer cerita , kak idah ( betul ker nama ni?),kamceng ngan Azah + suami kak ida orang kampung daddy. Satu sekolah rendah lagi. tapi kak ida dah nak balik Msia......moga jumpa kat Malaysia.

4. Ni betul-betul sehari sblm puasa. Hari ahad 31 Ogos..kami gi fruit picking kat woodland, nottinghamshire. Gocher Farm.ingat-ingat lupa lak nama tmpat ni. Family Tamrin ajak....& apa lagi ..since dah tak buat apa..kami on jer.



raspberry..naper manis kat sini. Kalau beli kat ASDA tak manis....


Bluberry tak banyak...cotet ajer. Lagi pun duri banyak


Dah tak open untuk picking....nasib baik kami masuk ladang ni, tuan punya ladang tak marah. Makan lagi strawberry....sedap!


Epal ni..tuan ladang kata lagi 3 minggu blh petik. Ada banyak sgt epal. Pear pun ada.....
Yang epal merah tu...ntah petik dari mana.




Babai.............selamat berpuasa.



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net